Pengenalan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Hadevex berperanan memperkukuh kerjasama antara ibu bapa, guru dan komuniti. Bersama-sama, kita berusaha mewujudkan persekitaran yang menyokong kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah, serta pembangunan menyeluruh pelajar.

Misi

Memupuk kerjasama erat antara ibu bapa dan pendidik dalam meningkatkan kualiti pendidikan, menyokong program sekolah, serta menjaga kebajikan setiap pelajar.

Visi

Membentuk komuniti sekolah yang bersatu dan progresif bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Moto

“Bersama Kita Didik, Bersama Kita Berjaya.”